Telegram Group Search
Main media sosial lebih 5 tahun, tapi masih tak reti-reti nak bangunkan pengikut. Masih bawah 10,000 orang, jualan masih ke laut. Lalu masih ada masalah ini:

tak tahu nak main di FB atau di T*ktok
tak tahu nak bangunkan apa
nak guna page ke personal akaun?
kenapa pengikut tak naik-naik?
apa teknik posting yang paling disukai?

Ha semua saya tulis dalam naskhah terbaharu saya, "Seni Membina Konten di Media Sosial."

Dapatkannya ya!

Untuk dapatkan ebook sahaja:

https://ezy.la/EbookSeniMembinaKonten

Untuk dapatkan ebook + kelas sekali, di sini: https://ezy.la/KelasSeniMembinaKonten
Alang-alang bangun salin lampin anak, ayuhlah kita jual biskut si hitam manis ini ha. Hahahaha.

Nak beli di Shopee (potensi hancur itu ada) haha.
Klik sini: https://shope.ee/3pzUP5gZRD

Orang Mentakab / Temerloh, Whatsapp sini:
https://wa.link/tc59rx

Orang Bangi, Kajang, Nilai, Beranang, Semenyih, Lenggeng, Whatsapp sini:
https://wa.link/vrt301
Suka benar dengan nasihat "nasibmu ada pada solatmu." Jika solat tak dijaga, dunia gelisah, akhirat juga susah. Jika solat dijaga, dunia tenang, akhirat juga aman.
Pilih salah satu tarikh ya. Tak dapat sertai secara langsung, ada rakaman. Cuma secara langsung boleh bertanya. Saya buka kelas bagaimana saya urus hutang saya. Kita bincang sama-sama macam mana saya buat.

Sebarkan, beritahu, maklumkan kepada sesiapa yang kalian tahu dia stress dengan hutang dia. Saya akan cerita semuanya dalam kelas ini.

Modul dah siap.

Dapat ebook percuma sekali.

Pilih 1 tarikh ja tau melainkan nak hadir semua tarikh haha.

Jumpa nanti ya, klik sini https://ezy.la/KelasHiduplahSemula

Kita hidup semula tau! Bangkit semula! Bismillah!
Jual makanan
Jual baju
Jual tudung
Jual dendeng
Jual sambal
Jual kereta
Jual katering
Jual mak andam
Jual baju bundle
Jual kasut
Jual kuih
Jual kek
Jual takaful
Jual rumah
Jual hartanah
Jual biskut
Jual apa sahajalah.

Tapi tak tahu nak bermula dari mana. Tak tahu apa maksud konten. Tak tahu kena muat naik apa. Tak tahu nak susun apa benda di paparan media sosial. Hah bacalah naskhah "Seni Membina Konten."

Dapatkannya di sini

Dapatkannya di sini, baca, terus buat tau! Mana tahu boleh bina 100,000 pengikut dalam 3 bulan. Bismillah!

Klik sini lekas

https://ezy.la/EbookSeniMembinaKonten

Lekas ya! Dah beli, teruslah baca dan buat!
Setakat ini kutipan saya paling corot, ayuh kawan-kawan, kita sumbang serba sedikit kepada mereka di sana.

Masa Tuan Nadir Al-Nuri hubungi saya, saya tak fikir panjang, saya setuju ja. Saya yakin pengikut saya semuanya baik-baik.

Kami semua pempengaruh tak dibayar pun untuk misi ini. Kami hanya mahu sama-sama kita menyumbang kepada saudara kita di G@za. Ayuh kawan-kawan,

Klik sini https://swiy.co/khairulhakimin

Sebarkan juga, mana tahu saya naik ke nombor atas sikit ke kannnn. Terima kasih semua!
Kami mahu anda bangkit!

sangkut nak bayar hutang
tak tahu nak buat apa
nak keluar rumah pun takut
nak tengok telefon pun takut
stress teruk
sikit-sikit nak marah
kelam kabut, serabut
buat itu tak jadi, buat ini tak jadi

Jika kalian ada masalah ini, ayuh saya bantu. Saya pun sama seperti kalian, saya berjaya selesaikan sekitar RM2.35juta hutang bisnes saya tahun lepas. Tinggal lagi RM1.74 juta. Doakan selesai segera.

Saya beritahu langkah demi langkah apa kita perlu buat. Untuk kita kembali kaya.

Daftar di sini https://ezy.la/KelasHiduplahSemula kelas semurah RM39 kalian dapat ilmu yang dijual lebih RM399 di luar sana.

Saya nak bantu kalian, ayuh sama-sama! Bismillah!
Jumaat mulia,
Ramadan mulia,
Sama-sama kita bersama menyumbang kepada CGM untuk dihantar segera bantuan ke G@za.

Mereka sekarang dah mula makan rumput, mengutip sisa yang jatuh, ambil sahaja air dari mana-mana lopak. Ayuh kita kena bantu. Sudahlah dibadai dengan p3luru serta letupan sana sini, mereka dihujani dengan ujian tiada makanan pula. Ya Rabb.

Ayuh kita sumbang, kita hantar makanan, hantar sayur, hantar daging, ubatan dan bekalan air bersih buat mereka di sana. Sangat besar ertinya buat mereka.

Klik sini https://swiy.co/khairulhakimin

Sama-sama kita bantu ya! Walau RM10, tetap beri erti sangat besar buat mereka di sana.
Bab beristeri dan keluarga ini, banyak dalam sirah, dalam Quran, dalam kisah-kisah para Nabi kita boleh pelajari;

1. Rasulullah SAW adil dan sayang semua isterinya. Semua solehah.

2. Nabi Nuh punya isteri memberontak dan tak mahu mendengar katanya sendiri.

3. Nabi Lut punya isteri yang mengkhianati dirinya sendiri.

4. Nabi Ibrahim mempunyai dua isteri iaitu Sarah dan Hajar, namun menyayangi ke dua-duanya dan dua-duanya solehah.

5. Firaun pula seorang kejam dan sesat namun mempunyai isteri solehah.

Semua kisah ini ada. Jadi ambil mana paling baik untuk kita contohi. Paling baik ialah yang suaminya soleh, isterinya solehah.

Jika takdir dapat suami tak baik, maka carilah yang baik. Takdir dapat isteri tak baik, maka carilah yang baik.

Sedang Nabi pun ada diuji dengan isteri bermasalah, inikan kita. Bercerai bukan tak baik, kadang itu adalah penyelesaian masalah. Kita tak tahu apa mereka alami dan kita hanya boleh cakap serta beri pendapat. Yang alami, yang hadap adalah mereka.

Kita aman damai, kita baik-baik sahaja, maka doakan mereka juga sama baik dengan kita. Bersyukur dapat isteri atau suami yang baik. Jangan duk mengata beriya sangat kadang yang itulah Allah uji nanti. Ha beringat okeh.

Raya belum habis weh, kita dah bergaduh tentang hal rumah tangga orang. Sudah-sudahlah ya.

Mari sambung raya! Haha.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
❤️
Soalan: Tuan, saya dah tulis lebih dari 10 #content, share paling tinggi pun 15 ja. Dah give up lah tuan.

Jawapan: Tenang. Memang ya akan penat, namun ianya berbaloi. Hari ini 1 share, minggu hadapan 15, boleh jadi bulan depan 50 share, dan naik lagi ke 100. Tak apa perlahan-lahan, janji dapat rentak untuk terus menulis kebaikan.

Ingat ini, sebatang pokok yang tumbuh dan membesar, mengambil masa yang lama untuk menghasilkan buah. Boleh jadi bertahun-tahun. Namun untuk dapat buah tersebut, ia juga bermula dari buah.

Jadi kawan-kawan, teruskan menulis kebaikan. Sebarkannya perlahan-lahan. Kita mahu hasil, tanamlah dengan benih yang baik, siram hari-hari, jaga supaya tidak dimakan ulat atau haiwan yang datang, nanti sudah berhasil, jika belum berbuah pun, masih boleh berteduh di bawahnya.

Biar lambat, namun beri hasil jangka panjang. Dari cepat, namun tak beri sesen pun hasil, ia lagi penat.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Tak berhenti tulis content.
Duduk dalam dunia HR 10 tahun, saya adalah pengalaman sikit tentang bab team yang tak pandai dan sentiasa perlu dibantu.

- memang ada yang dah diajar beribu kali, masih tak pandai, namun mereka orang baik. Jadi kita putuskan kekalkan dia dalam team kita. Kita tahu dia sedang dan sentiasa belajar jadi lebih baik. Kalau dia tak nak belajar baru kita slow talk dan tanya apa hala tuju dia bersama kita.

- memang ada sering buat salah. Asal ada task baru, akan ada kesilapan, namun sebab dia baik, kita kekalkan dia dalam team. Kita tahu dia belajar pada setiap kesilapan dia walau berulang kali. Kalau dia tak nak belajar baru kita slow talk dan tanya apa hala tuju dia bersama kita.

- memang ada yang dalam setahun rajin, adalah 4-5 hari down, malas, banyak masalah family dan sebagainya. Namun kita kekalkan dia dalam team sebab dia baik. Kita tahu masalah dia itu akan dia selesaikan dan insya-Allah takkan bawa lagi ke pejabat.

Kawan-kawan,

Apabila saya dah buat bisnes sendiri, pengalaman mendapatkan "orang baik" ini mematangkan saya.

Saya tak nak orang hebat bekerja, namun "bijak" dalam curi tulang.

Saya tak nak orang power dalam berkomunikasi, namun sentiasa juga dia menipu dan mencuri.

Saya tak nak orang terbaik dalam bidang dia, namun dia gunakan itu untuk ambil dan kaut hasil syarikat masuk poket dia.

Saya nak orang baik.

- tak pandai, boleh diajar.
- tak hebat, boleh masuk kelas.
- tak power, boleh diberi kekuatan.
- tak minat, boleh dipupuk.

Janji orang baik. Itu sahaja. Sikap yang ini tak boleh dibeli dengan adanya deans list, dengan adanya anugerah cemerlang langit ke-7 Universiti terbaik dunia. Tak ada. Ia adalah jati diri yang diajar di rumah, adab yang didahulukan dan tertib dalam beragama.

Orang ini, saya akan kekalkan dia dalam team. Jadi saudara sampai bila-bila.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Saya pilih yang ada sikap baik.
Tips menang melawan syaitan di media sosial.

1. Dia tulis benda sakitkan hati, jangan layan dengan marah. Kau maki ja hina ja benci ja, dia tahu kau dapat dosa sama dengan dia. Ya dia kan syaitan, jadi berjaya recruit kau. Power tak cara dia gais. Ingat dia sangat bijak bab nak ambil orang macam dia buat kerja dia.

2. Tulis balik dengan sabar dan tenang seperti, “Ya Allah, semoga kau kembali kepada Allah dan Allah menerima taubat kau, terus solat dan terus berbuat baik, kau pasti tenang dan tak ganggu sesiapa lagi insya-Allah, Allah maha baik untuk ampunkan kau.” Kau kasi ja ayat ini, syaitan mana pun patah balik. Terus tutup akaun dan pi duduk dekat FB pluto sana.

Sekian tips menulis #Content melawan syaitan di media sosial.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak tips lagi terus ke sini https://www.tg-me.com/Khairul Hakimin Muhammad/com.ContentKHM
Soalan: Tuan, di FB ini macam ramai orang tua. Makcik Pakcik bawang memang power gila dekat sini. Saya di Instagram tak gitu tuan. Aman damai. Kalau letak OOTD, gambar elok, miming, meniru, joget sikit, tak ada orang kecam pun. Like pun tinggi tuan. Cuma saya tak berani beriya nak berniaga sebab sebelum ini cuba tak pergi sangat jualannya.

Jawapan: Semasa di DMWF2019 London, ada yang bertanya soalan sama kepada panel forum. Beliau jawab:

Umur 7-20 tahun - Instagram
Selepas dia mula bekerja, dia akan rasa dia tak selesa di situ, akhirnya dia akan mula masuk ke dunia Facebook dan tinggalkan Instagram atau buka Facebook dan jadikan ia sebagai medan baru.

Sebab itu Mark membeli laman ini. Mark mahu kuasai semua peringkat umur.

Instagram = Entertainment.
Facebook = Education.
Whatsapp = Communication.

Mark kuasai semuanya.

FB, banyak viral tentang tips, petua, langkah demi langkah, story, inspirasi dan sebagainya. Jadi kuasa beli di sini lebih besar.

Insta, banyak repost tentang lawak jenaka, kisah orang kaya, inspirasi dan sebagainya. Dan kalian beringat, apabila asasnya ialah hiburan, maka artis, selebriti, ikon, idola akan jadi hebat di laman ini. Orang sentiasa nak tahu apa yang mereka buat, menggunakan laman ini dengan teliti dan tersusun akan jadikan kalian jauh lebih ramai pengikutnya.

2 medan ini berbeza segmen. Jadi kita sahaja yang pilih yang mana.

Kata panel itu lagi “Instagram adalah medan hiburan yang banyak lakonan. Ia sekadar memberi hiburan semata. Beza dengan Facebook, ia berasaskan teks (tulisan), jadi kita membaca. Oleh itu Mark mengajar kita apa sahaja yang kita baca, kita akan memahami konteks dan pelajari apa yang dikongsi melalui #content.”

Dua-dua medan okey sahaja. Saya juga ada keduanya. Guna sahaja untuk kebaikan.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Nak belajar dapat 100,000 pengikut secara organik, jom sertai personal coaching http://www.wasap.my/60122117994
Semalam saya dapat nasihat mudah nak melihat team atau lihat diri sendiri adakah kita akan jadi jutawan satu hari nanti.

1. Kita pupuk minat berniaga.

- mungkin dulu tak minat, namun sebab tahu nak kena ubah diri dan keluarga, kita usaha cuba sesuatu yang baru walau benda kecil. Contohnya berniaga pasar malam, jadi droship atau ejen apa-apa bisnes.

- semangat dan berjaya buang malu ini pasti buat kita berada dalam liga berbeza dari kerja makan gaji.

2. Kita ada sense dalam urgency.

- kita ada speed. Kita ingin selesaikan masalah. Kita tak suka drama. Kita nak penyelesaian. Kalau kita nampak ini dalam diri kita, maka ketahuilah kita akan pergi jauh.

- kalau kita hadap masalah dan kita tak berhenti persoal kenapa kenapa kenapa, bermaksud kita masih di tempat sama.

3. Kita konsisten upgrade diri.

- kalau dulu tak ada nak solat sunat. Sekarang dhuha tak tinggal, solat sunat sebelum subuh tak pernah miss, tahajjud juga buat selalu.

- kalau dulu zikir tah kemana, sekarang sentiasa selawat.

- kalau dulu sedekah hanya pada hari jumaat, sekarang hari-hari.

*

Kawan-kawan,

Kita tentukan kita nak jadi apa dan bagaimana kita nak capai, kita yang kena usahakan.

Allah akan bantu dan Allah takkan sia-siakan mereka yang berusaha. Bangkit gais! Cuba tengok diri kita sekarang dan diri kita 5 tahun lepas, kalau masih sama, maka kita kena usaha ubah mula hari ini juga!

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
💪
Untuk #content yang bersifat #StoryTelling, ia mesti ditulis dengan banyaknya menggunakan perkataan yang memberi visual kepada audien.

Contoh situasi gembira dapat menunaikan haji.

Posting 1:

Alhamdulillah, hari ini dapat surat terima pergi haji tahun ini. Syukur.

- kita tidak nampak bagaimana dia bersyukur, bagaimana dia gembira.

Posting 2: Alhamdulillah! Pagi-pagi ini saya tercari-cari orang rumah di dapur, peluk dia erat-erat dan beritahu kami dapat pergi haji tahun ini. Seronoknya Ya Allah, terus sujud syukur! Alhamdulillah alhamdulillah.

- Kita boleh bayang keseronokan dan kebahagiaan mereka ini dengan ayat “tercari orang rumah di dapur, peluk erat-erat.”

Itulah maksud visual. Dalam bercerita, tidak visual, maka cerita tersebut tidak kuat dan biasanya tidak beri impak besar kepada audien.

Begitulah.

Khairul Hakimin Muhammad,
Personal coaching, whatsapp sini: http://www.wasap.my/60122117994
#AksesEbook kembali dijual dengan harga kalian boleh letak sendiri.

1. 118 Idea Tulis Content (Harga Asal RM499)
2. 101 Tips Pandai BerFacebook (Harga asal RM199)
3. Content Sales Mastery (Harga asal RM199)
4. Dari Rumah Ke Kilang (Harga asal RM99)
5. Positif (harga asal RM69)
6. 21 Cerita Murah Rezeki (Harga asal RM59)
7. Personal Branding How To Start (Harga asal RM199)
8. Pitching (Harga asal RM299)
9. Panduan Mudah Menulis Ebook (harga asal RM179)
10. The Content Game
11. Bagaimana Saya Bina Bank Content
12. Template Content Mapping
13. Kenapa Saya Gagal
14. Hiduplah Semula
15. Dijemput Lagi.

Ikutkan harga semua ini lebih RM1,800.

Tapi kalian boleh dapatkan dengan harga RM1 atau RM10, atau RM1,000. Terpulang nak bayar berapapun.

Boleh beli di sini ya: https://ezy.la/KHM_Ebook

Sebarkan juga tau. Mana tau ada yang memang mencari banyaknya ilmu. Bismillah bismillah.
Maksud mudah Toksik Positiviti:

Kawan kita lapar, di tangan kita ada sebiji telur yang elok, baik, bagus dan segar. Apabila kawan kita menangis beritahu dia sungguh tak makan, maka kita pun baling telur itu ke muka dia.

Telur itu pun pecah dan dia terima telur itu dengan penuh kesedihan.

Sama dengan kita. Apabila kita ada masalah, kita akan:

Stress,
Sakit,
Pedih,
Murung,
Sentap,
Dan berbagai lagi.

Semua itu ok sahaja gais. Ambillah masa untuk hadap semua perasaan itu, kemudian belajar dan bangkit.

Nak bangkit itu mesti dengan telur itu dibasuh bersih, kemudian kita pun buka api, pecahkan telur dan masak baik-baik.

Kita letak bawang, cili, perasakan dengan berbagai bahan. Lalu kita angkat dan letak atas nasi.

Kita bawa dengan segelas air dan jemput kawan kita makan. Kita hilangkan lapar dia, bantu dia tanpa tanya kenapa dia tak makan, kenapa dia kebulur dan sebagainya.

Itu baru betul positif yang bagus.

Kawan-kawan,

Kita boleh jadi positif, namun jangan sesekali jadi toksik dalam positivity. Ramai antara kita perlu bantuan, kita rasa kita bantu, namun kita tak sedar ayat “kembalilah kepada Allah, kena rajin solat, kau ni kena banyak zikir, kau kena banyak berdoa” dan sebagainya itu seolah membaling telur itu ke muka.

Ayat itu semua bagus, semua baik, semua elok. Tak ada salahnya, namun mereka perlu bantuan untuk ada rasa bersama tanpa perlu lagi perit nak buat semua itu sendiri. Kita takkan memahami mana-mana pun situasi jika kita tak berada di tempat orang itu. Jadi berhenti sembang kencang di hadapan orang ada masalah.

Seperti kita lapar, emak tak pernah tanya kenapa tak makan, namun emak hanya bergegas bangun ambil pinggan, cedok nasi dan tuang lauk. Terus ajak kita makan dan pandang muka kita makan sampai kita habis.

Lalu emak suruh rehat. Emak tak kacau kita sampai kita sendiri pergi ke emak dan duduk bersama tengok tv, dan bersembang tentang itu tentang ini.

Begitulah selesanya dapat positiviti yang betul.

Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar pada setiap perkara negatif.
Yeay! Syukur alhamdulillah. Ha ah kawan-kawan, saya memang buat kelas pembangunan konten.

Buat masa ini saya fokus kepada bimbingan peribadi (personal coaching). Boleh buat sama ada secara Zoom atau berdepan. Kalau dekat, kita jumpalah ya.

Jauh-jauh, kita Zoom.

Ayuh belajar. Dari kosong ke 100,000 follower jom! Bismillah, seperti Dr Ahmad Luqman Bukhari alhamdulillah sudah cecah 111,000 follower dah. Alhamdulillah!

Whatsapp saya di sini ya http://www.wasap.my/60122117994

Kita bangunkan konten tersusun dan baik-baik. Follower pun dapat yang baik-baik insya-Allah. Ayuhhhh
2024/05/03 05:03:44
Back to Top
HTML Embed Code: